Kerajaan wajibkan pelancong ada tiket pulang


Bagi mengelak kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negara ini, kerajaan mula mewajibkan pelancong asing yang tiba di negara ini agar mempunyai tiket pulang ke negara asal.


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perkara itu antara langkah yang dilakukan oleh kerajaan ketika ini bagi memastikan tiada pelancong yang tinggal lebih masa seperti yang ditetapkan.

“Kita juga menasihatkan mereka (pelancong asing) agar mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk menyara diri sepanjang masa berada di negara ini,” katanya di Dewan Negara, pada Rabu.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com