Inilah yang dinamakan sebagai sampah paling bernilai apabila sebuah bangsal di Perancis yang ditinggalkan selama lebih 50 tahun oleh pemiliknya ditemui generasi ketiga ahli keluarga pemilik terbabit.



Bangsal yang menjadi 'kubur' kepada lebih 60 kereta pada era 1930-an hingga 1950-an dibiar berkarat di bangsal terbabit. Kenderaan yang dipercayai bernilai tinggi ini dikatakan lebih bernilai daripada kereta klasik yang pernah dipamerkan sebelum ini.

Pemiliknya, mendiang Roger Ballion memiliki pelbagai jenis kereta daripada jenis yang jarang ditemui,Maserati  dan Talbot-Lago yang pernah dimiliki oleh Raja Farouk dari Mesir. Kereta lain ialah Ferrari yang ditampilkan menerusi filem Jane Fonda. Koleksi ini menunjukkan ia antara koleksi barangan antik paling diinginkan peminatnya dan bakal dilelong pada 6 Feb 2015. Nilai anggaran kesemua kereta di bangsal ini ialah kira-kira 19 juta USD!!