Lagenda bola sepak Dollah Don meninggal dunia

Legenda bola sepak Abdullah Mohd Don atau Dollah Don, 91, yang pernah mendapat jolokan 'Harimau Malaya' meninggal dunia di Hospital Pakar Puteri di Johor akibat sakit tua.

Allahyarham yang kematian isteri empat tahun lepas meninggalkan lima anak serta 15 cucu mula uzur sejak dua tahun lepas dan dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Pakar Puteri sebelum disahkan meninggal dunia pagi Rabu.

Allahyarham yang beraksi untuk pasukan bola sepak negara di China, Singapura dan Indonesia pada era 40-an dan 50-an selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah di Johor Bahru.



CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com