Malas layan sikap tidak adil PR, Ketua Pembangkang Selangor akhirnya letak jawatan


Akibat enggan menjadi Pak Turut dan menerima pelantikannya sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Selangor, ADUN Sungai Burong daripada BN, Datuk Mohd Shamsuddin Lias akhirnya meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang Selangor.

Jelasnya, ia berikutan sikap tidak adil Pakatan Rakyat (PR) yang meletakkan komposisi anggota jawatankuasa PAC dimonopoli ADUN PR sekali gus lebih berunsur muslihat politik.

Mohd Shamsuddin berkata kelulusan pindaan peraturan tetap 68(1) DUN Selangor yang mewajibkan ketua pembangkang menjadi Pengerusi PAC menyebabkan beliau terikat dengan peraturan itu dan tiada pilihan selain melepaskan jawatan berkenaan.



CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com