Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha meminta semua masjid di bawah kendalian mereka mengadakan solat hajat dan munajat bagi memohon kepada Allah swt supaya meredakan musibah banjir yang sedang melanda.

Jelasnya, ia turut diharap mendapat penglibatan para alim ulama, pemimpin masyarakat dan seluruh rakyat selain berharap usaha dan doa itu akan diterima Allah swt sekali gus meredakan musibah yang melanda.

Katanya, Jakim melalui masjid utama di bawahnya iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya serta seluruh masjid dan surau di Wilayah Persekutuan akan bersama-sama mengadakan solat hajat dan munajat secara berterusan bermula hari ini.