Pelancong serta penduduk di sekitar pantai Varna, Bulgaria gempar selepas penemuan seekor kucing jenis Emerald berwarna hijau di sekitar kawasan terbabit.



Kucing yang dipercayai dianiaya oleh remaja sekitar kawasan terbabit menimbulkan seribu satu pertanyaan di kalangan penduduk setempat memandangkan warna hijau yang meliputi tubuh kucing terbabit tampak sempurna.

Namun, selepas diselidik, kucing tersebut didapati menduduki sebuah stor lama yang dipenuhi cat hijau berdekatan pusat peranginan terbabit. Satu perkara hebat ialah, kucing tersebut kini popular di seluruh dunia!