MPN cadang peranan agensi pembekal pekerja asing dihapus

Majlis Profesor Negara (MPN) mencadangkan agar pengambilan dan pengurusan pekerja asing dilaksanakan antara 'kerajaan dengan kerajaan' dan tidak melalui agensi pembekal.

Timbalan Setiausaha Agung MPN, Prof Dr Kamaruddin Mohd Said berkata agensi  pembekal sama ada di negara asal atau di negara ini mengenakan bayaran tinggi menyebabkan pekerja asing walaupun belum mula bekerja sudah berhutang dan tidak menerima gaji sehingga sembilan atau 10 bulan untuk menebus hutang itu.

MPN turut mencadangkan supaya sebuah institut kajian pekerja asing ditubuhkan bagi memudahkan kajian dan perbincangan dengan pihak berkepentingan.


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com