Sekumpulan penari tiang 'ladyboy' atau pondan ditahan di sebuah pusat hiburan di PJS 8 yang menyajikan tarian berahi pada setiap malam Rabu setiap minggu.

Kumpulan lelaki digelar ‘ladyboy Siam’ yang khas dari Thailand itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman ketika sedang beraksi melakukan tarian tiang bagi menarik kehadiran pengunjung ke pusat hiburan itu.

Kumpulan pondan itu didakwa turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan lelaki yang berminat sebaik persembahan berakhir dengan bayaran RM150 sehingga RM300 untuk setiap perkhidmatan.