'Perang dingin' Air Asia - MAHB di KLIA 2 selesai

Pembinaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) banyak menimbulkan spekulasi serta 'cakap-cakap belakang' sejak ia siap digunakan sejak 1 Mei lalu. Antara perkara yang menjadi bualan hangat ialah 'perang dingin' antara pengendali lapangan terbang tersebut, Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) dengan pihak Air Asia.



Sejak Air Asia menduduki lapangan terbang terbabit, salah satu isu yang belum diselesaikan ialan mesin daftar masuk Air Asia yang tidak dibenarkan untuk beroperasi di sana. Ini bermakna semua penumpang Air Asia perlu menggunakan mesin daftar masuk yang disediakan pihak MAHB untuk membuat daftar masuk secara layan diri.

Hari ini menjadi hari bersejarah buat Air Asia apabila pengendali penerbangan tambah murah itu dibenarkan untuk menyediakan mesin daftar masuk layan dirinya sendiri. Hal ini diakui sendiri Pengarah Air Asia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes menerusi tweetnya.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com