Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ke Singapura hilang

Sebuah pesawat AirAsia Indonesia, yang membawa 162 orang, hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura pagi Ahad.

Dalam kenyataannya, AirAsia berkata pesawat itu dikendalikan dua juruterbang, lima petugas kabin dan seorang jurutera selain laman Facebook dan Twitter rasmi AirAsia memaklumkan, pesawat Airbus A320-200 itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada 7.24 pagi waktu tempatan.

Penerbangan QZ8501 itu membawa 155 penumpang terdiri daripada 138 dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi.



CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com