Polis menggesa tiga lagi individu yang dipercayai terlibat dalam rusuhan semasa perlawanan bola sepak separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki Ahad supaya tampil menyerah diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor, SAC Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, mereka dikehendaki tampil bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan berhubung insiden tersebut selepas tiga belas individu telah ditahan baru-baru ini berhubung insiden berkenaan.

Katanya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkenaan kesemua individu terbabit agar berhubung terus dengan ASP Chang Sing Kong (Pegawai Penyiasat) di talian 0167723336 atau ASP Mohd Amirul (Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Shah Alam) di talian 0124748870 atau melalui talian tetap Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-55202222.