Rakyat Malaysia jadi pengebom berani mati di Syria

Pengebom berani mati, Ahmad Affendi Manaff yang berusia 27 tahun merupakan salah sorang rakyat Malaysia yang telah maut di Syria adalah salah seorang daripada 39 rakyat negara ini yang terlibat dalam kumpulan militan Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria.

Ahmad Affendi juga merupakan individu yang menganggotai kumpulan militan Negara Islam (IS) dan berkemungkinan besar merupakan pengebom berani mati kedua dari Malaysia difahamkan berasal dari Tumpat, Kelantan.

Ahmad Affendi yang masih bujang juga difahamkan maut dalam serangan bunuh diri apabila sengaja memandu sebuah trak yang sarat dengan bahan letupan dan kemudiannya merempuh tentera Bashar al-Assad di bandar Homs pada 8 atau 9 November lalu.


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com