Pembuat rokok elektronik Perancis telah mencetuskan kejutan buat peminat rokok elektronik (e-rokok) seluruh dunia selepas memperkenalkan sebuah produk yang dianggap tidak menyalahi undang-undang. Rokok elektronik dengan ekstrak ganja diperkenalkan kepada pengguna.


Rokok elektronik yang dibangunkan 3 individu ini dikatakan membawa manfaat ganja tanpa memberi kesan psikologi kepada pengguna. Kita semua tahu, pengambilan ganja bakal memberikan kesan psikologi kepada penggunanya. Namun, undang-undang Perancis tetap berpegang teguh terhadap penggunaan ganja.


Peranti rokok eloktronik ganja ini sama seperti konsep asalnya. Bermakna pengguna mampu menikmati wap ganja tanpa pembakaran mahupun bau asap tersebut. Peranti ini masih lagi menjadi perhatian pihak berkuasa di Perancis.