Selepas lebih 2 bulan penduduk Gaza tidak dapat akses keluar untuk mendapatkan bantuan, pihak berkuasa Mesir pada Ahad telah membuka semula sempadan Rafah.



Menurut Maher Abu Subha, Jurucakap Pihak Berkuasa Palestin, laluan yang hanya dibuka selama dua hari itu bagi membolehkan warga Palestin menyelesaikan urusan mereka di luar Wilayah Gaza.

Susulan daripada itu, hampir 250 penduduk dan beberapa ambulans yang membawa pesakit dari Genting Gaza telah dibenarkan memasuki Mesir.