Aplikasi Microsoft Skype terbaru akan menterjemah panggilan suara antara pengguna. Sebagai sebahagian daripada pratonton kepada awam, Microsoft menjadikannya realiti bagi jurucakap berbahasa Inggeris dengan bahasa Sepanyol.



Keupayaan terbaru aplikasi Skype ini dijangka mampu membolehkan komunikasi yang lebih berkesan antara pengguna dengan hanya menggunakan bahasa ibunda masing-masing tanpa perlu mempelajarinya.

Skype Translator Premier hanya boleh digunakan menerusi sistem operasi Windows 8.1 serta salinan pratonton untuk Windows 10. Anda boleh tonton video berikut untuk 'preview' aplikasi terbaru ini.