Suspek tembak mati enam mangsa di Philadelphia diburu

Polis masih memburu suspek kes tembak di pinggir bandar Philadelphia yang mengorbankan enam mangsa, termasuk bekas isteri dan anak saudaranya yang berusia 14 tahun.

Bradley William Stone dipercayai melarikan diri sebelum pasukan SWAT merempuh masuk ke rumahnya dan polis hanya menemui telefon bimbit dan kereta milik suspek.

Mengikut rekod mahkamah, Bradley, 35 tahun dan Nicole, 33 tahun berkahwin pada tahun 2004 dan memfailkan tuntutan cerai pada bulan Mac 2009 sebelum Bradley berkahwin semula tahun lalu dan Nicole pula telah bertunang.



CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com