Tunku Abdul Jalil selamat jalani pembedahan di China

Yang Amat Mulia, Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor, telah selamat menjalani pembedahan dan kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Guangzhou, China.

Menurut kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Johor tidak kira bangsa dan kepercayaan agama yang sentiasa mendoakan kesihatan anakanda Baginda itu. Baginda turut menyampaikan salam kepada seluruh rakyat dan akan pulang ke negeri Johor sedikit masa lagi.

"Sebagai Menteri Besar, saya menyeru kepada semua rakyat Johor agar terus mendoakan supaya Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim kembali sihat seperti biasa. Semoga Allah SWT akan memakbulkan doa kita semua, Insya-Allah," katanya.

































































































































































































































































CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com