Hampir 8.6 juta akaun pendeposit Tabung Haji (TH) yang aktif bakal menerima bonus pendeposit bagi tahun kewangan 2014 merangkumi 6.25 peratus bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak 2 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pembayaran kedua-dua bonus itu berjumlah RM3.2 bilion, meningkat 23 peratus berbanding tahun 2013.

Dalam pada itu, TH akan lebih memfokuskan kepada pelaburan dalam negara berikutan ketidaktentuan pasaran luar negara selain memaklumkan pelaburan aset di luar negara TH telah menyumbang kira-kira lima peratus kepada jumlah hasil pada tahun lepas.