Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2) Bahagian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad (TNB) Abdul Aziz Abdul Majid berkata, lebih 95 peratus pengguna elektrik di seluruh Kelantan sudah menerima bekalan elektrik dengan 1,864 Pencawang Elektrik (PE) berjaya dipulihkan berbanding 1,960 iaitu jumlah keseluruhan PE yang dihentikan operasinya semasa banjir.

Jelasnya, bekalan elektrik di kawasan Kota Baharu juga telah pulih sepenuhnya.

Sehubungan itu ujarnya, pasukan TNB kini giat menumpukan usaha membaik pulih bekalan kepada baki lima peratus lagi kawasan yang belum dipulihkan bekalan termasuk di sebahagian kawasan Kuala Krai, Gua Musang dan Tanah Merah.