Ada mayat krew QZ8501 masih pakai tag nama

Satu daripada tujuh mayat mangsa nahas pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 adalah mayat krew wanita berpakaian pramugari dengan tag nama tersemat di pakaian seragamnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Indonesia, Sunu Widyatmoko berkata, jasad mangsa wanita tersebut dijumpai pada Rabu dengan tag nama ‘Khairunisa Haidar’ serta mengenakan cincin di jari manis dan jam tangan berjenama Alexandre Christie.

Khairunisa Haidar Fauzi atau Nisa, merupakan seorang daripada tujuh kru pesawat QZ8501 yang disahkan terhempas di Selat Karimata perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.



CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com