Sistem pembayaran secara tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) disifatkan perlu ditukar kepada pembayaran melalui unit amanah.

Anggota Parlimen Belia Malaysia, Mohd Firdaus Abd Samad ketika menggulung usul penetapan supaya kerajaan menjalankan kajian intensif bagi merapatkan jurang pendapatan negara, berkata mekanisme ini dilihat lebih efektif kepada aliran tunai kerajaan.

Katanya, kerajaan tidak perlu lagi mengeluarkan wang tunai untuk pemberian BR1M, sebaliknya pembayaran seterusnya boleh dibuat menggunakan dividen sekiranya BR1M ini diberikan dalam bentuk unit amanah.