Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini meminta golongan belia supaya menceburi bidang pertanian dan perniagaan yang boleh diusahakan berikutan terdapat begitu banyak tanah terbiar di negara ini.



"Tidak ada gunanya kita banyak tanah terbiar jika kita tidak usahakan tanah tersebut. Itu adalah satu kerugian yang besar, sedangkan kita mempunyai ramai belia yang boleh mengusahakan tanah tersebut dengan projek pertanian yang boleh  memberi peluang perniagaan, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menuai cili projek perintis di bawah Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (NAAM) di Kampung Ribu, Rantau dekat sini.Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk R. Saravanan.