Epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat ke Malaysia disekat kerana dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sekatan itu dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) selepas notis berkaitan pencemaran itu diterima kementerian dua hari lalu.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan mengarahkan pengimport epal jenis Granny Smith supaya memanggil semula produk itu dari pasaran berikutan dakwaan epal itu dicemari bakteria, selain menyita buah epal  yang terdapat di premis pengimport.