Sepang International Circuit (SIC) akan mempercepatkan Perlumbaan Formula One (F1) Petronas Grand Prix Malaysia 2015 sejam lebih awal iaitu pukul 3 petang, 29 Mac ini.

Dalam kenyataannya, ia disebabkan cadangan panel penyiasat kes kemalangan membabitkan pemandu Perancis, Jules Bianchi yang mengalami kecederaan parah di kepala selepas melanggar traktor pengangkut dalam keadaan cuaca gelap dan hujan lebat di Litar Suzuka, Jepun tahun lepas.

SIC berkata perlumbaan di Litar Sepang itu akan bermula sejam lebih awal berbanding pukul 4 petang sebelum ini kerana ia merupakan keputusan Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIA) sendiri.