Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika membeli barangan makanan yang ditawarkan dengan harga yang terlalu murah selepas musim banjir bagi memastikan barangan makanan yang dibeli adalah bukan makanan yang tercemar atau rosak akibat banjir.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk mencuci tangan menggunakan hand sanitizer, terutama bagi kawasan-kawasan banjir yang masih mengalami masalah bekalan air bersih untuk mengelakkan daripada jangkitan kuman yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

KKM dalam pada itu turut memohon sumbangan hand sanitizer daripada syarikat atau individu selain memaklumkan sedang mengambil langkah bagi mengatasi masalah hospital dan klinik yang mengalami tekanan air rendah.