Orang ramai diminta tidak mempercayai maklumat palsu yang tersebar menerusi WhatsApp dan Facebook berhubung gangguan bekalan air selama 36 jam di seluruh Selangor mulai hari ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata sebenarnya gangguan bekalan air selama 36 jam itu hanya melibatkan sebahagian kawasan di daerah Hulu Langat dan Sepang berikutan kerja-kerja pembaikan paip pecah.

Syarikat itu sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan paip pecah di jajaran paip utama dari Loji Semenyih ke Bandar Bukit Mahkota, Sepang.