Keji kalau sebar berita palsu mengenai banjir di media sosial - Muhyiddin

Tindakan segelintir individu yang menyebarkan berita palsu dan fitnah mengenai musibah banjir di media sosial sehingga menjadi viral boleh dianggap sebagai perbuatan keji.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perbuatan itu sekali gus bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak mencerminkan akhlak seorang Muslim.

Tegasnya, perbuatan itu juga boleh mewujudkan rasa benci dan permusuhan sesama umat Islam selain menggesa masyarakat supaya tidak mudah mempercayai berita yang tersebar di media sosial tanpa sumber yang sahih.



CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com