"Tiada caj tambahan dikenakan kepada kesemua pemegang tiket Grand Prix F1 Petronas Malaysia 2015 untuk menyaksikan konsert Lenny Kravitz yang turut disertai artis tempatan pada 29 Mac ini."

Itu janji Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali kepada pemegang tiket berkenaan untuk menyaksikan aksi 70 minit pemenang empat Grammy Awards yang akan diadakan di SIC selepas perlumbaan berakhir dari pukul 6.30 petang hingga 11.30 malam.

Konsert sebagai penghargaan kepada penonton yang memberi sokongan kepada perlumbaan selain memberitahu Kravitz sudah 20 tahun berada dalam industri muzik dengan menghasilkan 10 album yang terjual lebih 38 juta di seluruh dunia.