Malaysia tetap menjadi pilihan pelabur di Asean walaupun mengalami cabaran seperti kelemahan ringgit serta penurunan harga minyak.

Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Tan Sri Azman Mokhtar berkata, ia sekali gus membuka peluang-peluang masa depan memandangkan banyak syarikat Malaysia telah mencapai kejayaan setelah menyertai Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos yang menjadi tempat di mana banyak urus niaga berjaya telah diilhamkan dan diterokai.

Ia termasuk idea untuk memulakan Integrated Healthcare Holdings serta langkah-langkah permulaan dalam menjadikan Malaysia Airports Holdings Bhd, sebagai peserta utama dalam pengurusan lapangan terbang Turki.