Amaran kepada semua premis pakaian yang menjual pakaian...Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebarang penjualan atau pembelian pakaian seragam polis atau tentera oleh individu yang tidak bertauliah boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Beliau berkata pihaknya akan mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat mana-mana premis atau individu seluruh negara yang menjual pakaian seragam berkenaan tanpa kebenaran bagi mengelakkan disalah guna individu tidak bertanggungjawab.

Zahid berkata demikian selepas mendapat laporan beberapa akhbar yang menyatakan ada kes warga asing menjual pakaian seragam polis dan tentera tanpa sekatan.