Sultan Perak garis ciri negara Islam

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah, sebuah negara Islam tidak akan terbentuk sekadar dengan menamakannya sebagai Negara Islam namun perlu mewujudkan satu sistem pemerintahan yang melakukan amal makruf dan menegah kemungkaran.

Titah baginda, negara itu juga harus meluhurkan piagam atau perlembagaan dan mendaulatkan undang-undang untuk memastikan wujudnya keadilan agar negara dilimpahi dengan rahmat keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan daripada Allah.

Titah baginda lagi, kehidupan rakyat di sesebuah negara Islam juga harus sentiasa dalam suasana damai lagi rukun, saling bekerjasama, saling menghormati, bersatu padu dan mempertahankan kedaulatan watan.



CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com