Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada jam 9.40 malam Khamis (12 Februari) di sisi anggota keluarga di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan pada umur 84 tahun.

Pemergian beliau yang dilahirkan dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah kerana kanser prostat.

Allahyarham telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak dan hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.