Waris serta ahli keluarga pesawat malang Malaysia Airlines MH17 pertama kali dibenarkan untuk melihat sendiri bangkai pesawat terbabit yang kini ditempatkan di pangkalan tentera udara Belanda di Gilze-rijen.


Kesemua serpihan pesawat tersebut dibawa menggunakan lapan trak ke lokasi terbabit dan tiba di pangkalan udara tersebut pada 9 Disember lalu. Bangkai pesawat yang membawa 193 warga Belanda dan 44 rakyat Malaysia itu kini didirikan semula dan siap dilabel untuk kerja-kerja penyiasatan.



Sebaik sahaja kebenaran diberi pihak berkuasa Belanda, dianggarkan kira-kira 500 ahli keluarga bakal tiba setiap minggu untuk menyaksikan sendiri serpihan pesawat yang mengorbankan ahli keluarga mereka.