Bagi pengguna internet semestinya kenal dengan domain .com yang sentiasa meniti di bibir pengguna tatkala cuba memberitahu alamat laman web. Tahukah anda, laman web pertama yang mendaftarkan diri menggunakan domain .com ialah pada tahun 1985?

DNS atau Domain Name Server ialah satu sistem yang diperkenal dalam usaha memudahkan pengguna mengakses ke laman web yang dimahukan. Pada asasnya, setiap laman web akan berada pada alamat IP yang tersendiri (biasanya sukar untuk diingati pengguna). Justeru, sistem DNS diperkenal bagi memudahkan pengguna mengakses terus ke alamat yang dimahukan.



Bersempena dengan ulangtahun ini, kini diperlihatkan sebuah laman web pengurusan domain (yang masih di peringkat Beta) oleh Google! Laman domains.google.com ini dijangkakan akan meledakkan lagi penggunaan domain untuk laman web baru memandangkan keupayaan Google yang sangat dahsyat dalam memberikan perkhidmatan atas taliannya. Setakat ini hanya pengguna beralamat di Amerika Syarikat saja yang boleh menggunanya. :(