Timbunan najis ancam keselamatan pendaki Everest

Sisa najis manusia di sepanjang laluan pendakian Gunung Everest menjadi isu yang banyak dibualkan masa kini yang mana ia bakal menjadi ancaman kesihatan buat pendaki.



Menurut pihak berkuasa Nepal, setiap musim pendakian, kira-kira 700 pendaki akan menghabiskan masa selama lebih 2 bulan di sepanjang trek yang turut sama meninggalkan banyak najis dan juga air kencing di sepanjang laluan. Rata-rata mereka akan mengorek lubang pada ais dan membuang najis yang menyebabkan kebanyakan najis "terpelihara" di kawasan tersebut yang bakal membawa bersama penyakit di masa akan datang.

Justeru, pihak berkuasa dijangka bakal memperketatkan garis panduan sedia ada yang mana pendaki diminta untuk membawa bersama beg najis untuk mengelakkan kawasan pendakian paling popular dunia itu terus membahayakan pendaki.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com