Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tanah seluas 500 hektar untuk Bandar Malaysia dan lebih 60 hektar untuk Tun Razak Exchange sebagai "lombong emas" dan jika beliau berharta, dia akan beli tanah tersebut.



Beliau yang berucap di Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri anjuran Mubarak Selangor dan Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor turut mendapat sokongan daripada 2 badan terbabit yang menyuarakan sokongan mereka terhadap kepimpinan Najib.

Najib juga menafikan 1MDB kehilangan RM42 bilion, iaitu jumlah tanggungan hutangnya, dan berkata nilai itu kini tersimpan dalam bentuk tanah TRX seluas 70 ekar dan Bandar Malaysia seluas 500 ekar.