Dipenjara 3 hari dan denda RM5000 akibat berbogel di Gunung Kinabalu

Perbuatan berbogel di Gunung Kinabalu oleh 4 pelancong yang didakwa dilakukan pada 6.45 pagi 30 Mei lalu membawa padah apabila Eleanor Grace Hawkins, 23, dari England; Dylan Thomas Snel, 23, warga Belanda; serta Lindsey Petersen, 23, dan adiknya Danielle Petersen, 22, dari Kanada dijatuhi hukuman denda 3 hari serta denda RM5,000 di Mahkamah Kota Kinabalu.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam.


Sebelum ini, perbuatan tidak senonoh tersebut telah mengundang kemarahan penduduk Sabah kerana dipercayai telah mengundang bencana. Rata-rata mereka menganggap, perbuatan tersebut seolah-olah menghina serta mengundang kemarahan roh Aki Nabalu yang menjadi 'penjaga' gunung terbabit.


bogel gunung kinabalu

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com