Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan amaran khususnya kepada golongan lelaki agar tidak membeli atau menggunakan ubat kuat lelaki yang dikenali sebagai ’tisu magik’ kerana ia disahkan berbahaya dan mampu membunuh sperma lelaki sehingga mengakibatkan kemandulan.

Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Mazlan Ismail, kandungan kimia aktif seperti Benzocaine, Lidnocaine dan Anastetic itu kebiasaannya digunakan dalam ubat bius semasa menjalani pembedahan.

Jelasnya, bahan kimia itu boleh mendatangkan kesan mudarat jika disapu secara kerap pada bahagian kemaluan lelaki selain kimia yang terkandung di dalam tisu itu adalah racun yang boleh membunuh sperma di dalam air mani.