Rakaman video kereta polis dilanggar lari viral di media sosial sejak semalam.Kejadian yang berlaku di Jalan Pudu berdekatan Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur ini berlaku pada Isnin, 22 Jun lalu.



Dua anggota polis peronda berada di Jalan Pudu sedang menuju ke arah bandar raya apabila sebuah Volkswagen Polo dilaporkan hilang kawalan dan merempuh ke arahnya.Perlanggaran itu menyebabkan kereta polis berpusing sebelum ia melanggar penghadang.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan mengesahkan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8.55 pagi Isnin. Beliau berkata, pelajar kolej berusia 21 tahun yang memandu Volkswagen melarikan diri tetapi membuat laporan polis pada hari yang sama yang menyebabkan kecederaan ringan kepada pegawai polis berkenaan.Markandan berkata kes itu disiasat kerana memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah.