Baskin-Robbins yang merupakan rangkaian terbesar dunia kedai khas aiskrim mengumumkan cabutan bertuah untuk peminat mendekati kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris terkenal Liverpool FC.

Cabutan bertuah itu turut memberi peluang kepada peminat di Malaysia memperoleh hadiah utama berupa dua tiket untuk menyaksikan perlawanan antara Liverpool menentang Malaysia XI pada 24 Julai di Kuala Lumpur, selain dua tiket untuk menyaksikan sesi latihan tertutup Liverpool serta dua tiket ke kejohanan eksklusif dan bertemu pemain Liverpool.
Dalam satu kenyataan di sini, Baskin-Robbins berkata, peminat di Malaysia boleh mendapat hadiah cabutan bertuah itu dengan berbelanja sekurang-kurangnya RM12 di Baskin-Robbins dan menjawab soalan yang disediakan, dari sekarang hingga 30 Jun ini.