"Najib patut jelaskan sahaja apa yang ditanya supaya orang macam saya akan diam,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya.



Tambah beliau, desakan ke atas Datuk Seri Najib akan dihentikan sekiranya Najib membuat penjelasan menyeluruh berkaitan syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya hadir ke forum ‘Nothing To Hide’, berharap untuk mendengar penjelasan daripada beliau (Najib) dan bertanya soalan berhubung 1MDB kepadanya, tetapi malangnya ia telah dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan. Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan pertemuan 4 mata Tun M dengan Najib bakal menyelesaikan kemelut yang melanda kedua-dua pemimpin penting negara.