Kita semua tahu bahawa memotong kayu bukanlah satu kerja mudah, jika tidak, skrip "nak carik kayu, nak carik kayu" dalam filem P.Ramlee dulu takkan popular di kalangan kita semua.



Sedikit berbeza dengan seorang lelaki bernama Brad, beliau menunjukkan satu cara potong kayu dengan menggunakan tayar!

Tutorial memotong kayu menjadi cebisan kecil yang boleh digunakan untuk kayu api ini telah mendapat tontonan lebih 600 ribu dan tips ini mungkin berguna ketika memotong kayu untuk musim bakar lemang di Aidilfitri nanti. ;)