GoPro menjadi gajet yang terbaik untuk pengguna profesional dalam menghasilkan karya mereka. Namun, di sebalik kecanggihan kamera kecil ini, masalah utama yang dihadapi kebanyakan pengguna profesionalnya ialah untuk menyiarkan visual secara langsung.

HEROCast


Oleh yang demikian syarikat Vislink telah bekerjasama dengan GoPro untuk menghasilkan satu aksesori baru untuk kamera ini bagi membolehkannya digunakan untuk siaran secara langsung sambil ia digunakan secara lasak.

Teknologi yang dinamakan HEROCast mampu menjadikan usaha menyiarkan secara langsung kini lebih mudah, ringkas malah kos efektif. Menariknya, teknologi ini juga mampu membolehkan penonton mendapat sudut pandang yang jarang boleh dilihat contohnya dalam sukan hoki ais.