Platform instagram hari ini menyambut 400 juta penggunanya dengan memuat naik foto sambutan di akaun rasminya pagi tadi.



Menurut kenyataan yang dikeluarkan Instagram, 100 juta pengguna baru platform terbabit kebanyakannya datang dari sekitar Asia dan juga Eropah.

Malah, David Beckham menjadi pemegang akaun dengan jumlah follower paling tinggi di dunia iaitu dengan lebih 12 juta pengikut di Instagram.