Skuad penyokong Malaysia, Ultras Malaya mengamuk di Stadium Shah Alam semalam semasa perlawanan dengan Arab Saudi dalam Kempen Kelayakan Piala Dunia 2018. Mereka bukan sahaja membaling suar ke padang, tetapi juga bersorak mahu FAM dirombak.

Kredit Foto BH Online


Segala-galanya bermula ketika perlawanan masuk minit ke-88 apabila segelintir penyokong Malaysia melakukan perbuatan bia­dab melemparkan suar, bunga api dan mercun ke tengah padang menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan ketika Malaysia ketinggalan 1-2. 

Sebelum itu Malaysia terlebih dahulu berada di depan melalui ja­ri­ngan ketua pasukan Safiq Rahim pada minit ke-71, sebelum Arab Saudi menyamakan kedudukan pa­da minit ke-73 melalui jaringan Taseer Al Jessam dan menambah jaringan melalui tandukan Al Sahlawi pada minit ke-76 Berikutan keadaan semakin te­gang, pengadil perlawanan Liu Kwok Man dari Hong Kong terpaksa menghentikan perlawanan, sebelum mengarahkan semua pemain masuk ke bilik persalinan, ketika pasukan keselamatan cuba mengawal keadaan.