Tun Dr Mahathir menjelaskan beliau akan kembali ke negeri kelahirannya, Kedah untuk bersara di sana sekiranya Datuk Seri Najib terus berkuasa.



Beliau seolah mengeluh dengan persoalan yang diajukan salah seorang peserta Sepetang Bersama Tun Mahathir memandangkan beliau berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan Malaysia.

"Saya tak tau nak buat apa lagi la.. Saya duduk rumah diam-diam saja la," katanya semasa menjawab soalan dalam sesi yang bertemakan 'Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa' anjuran UMNO Bahagian Taman Cempaka Ampang di De Palma Hotel.