Sebuah bom trak meletup di bandaraya Zliten di barat Libya berhampiran pusat latihan polis, mengorbankan sekurang-kurangnya 60 anggota dan mencederakan 200 yang lain hari ini, kata pihak berkuasa.


Tiada siapa mengaku bertanggungjawab melakukan pengeboman itu, namun sekutu IS tempatan cuba bertapak di Zliten dari kubu kuatnya di Sirte. Seorang jurucakap hospital, Moamar Kaddi, berkata anggota kru penyelamat hanya berjaya mengeluarkan 60 mayat dari kawasan serangan. Pihak berkuasa Libya percaya angka korban mungkin jauh lebih tinggi.

Seorang pegawai keselamatan Zliten berkata, pangkalan di mana 400 rekrut polis sedang menjalani latihan, digunakan oleh polis sempadan. Polis sempadan menggagalkan pelbagai cubaan menyeludup manusia di pesisiran Zliten tahun lalu.