"Jangan hukum Najib kerana dosa pemimpin terdahulu" - Fathul Bari

Exco Pemuda Umno, Dr. Fathul Bari Mat Jahaya menyifatkan tindakan berterusan pihak tertentu menggunakan sejarah kerjasama Umno dan Pas terdahulu untuk menghukum kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tidak tepat.


Beliau berkata, sekalipun tidak bersetuju dengan kerjasama itu, segelintir pemimpin Pas tidak sewajarnya menghalang usaha ke arah kebaikan itu demi kepentingan umat Islam di negara ini.

“Adakah yang memimpin hari ini terlibat dalam peristiwa satu ketika dahulu dengan Pas? Mereka ini tidak konsisten, kalau tak setuju juga, (kenapa) nak menghukum semua (kepimpinan Najib) dengan sejarah terdahulu, walaupun kita ambil iktibar dengan sejarah itu? Kecenderungan sebahagian orang untuk menghukum Umno kerana kes terdahulu, tetapi (dalam masa sama) mereka menjemput dan mempromosikan kerjasama dengan DAP, (kemudian) nak melupakan sejarah dengan DAP,” katanya kepada Sinar Online.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com