Gara-gara berang di bandingkan dengan adik beradik  tiri, seorang pemuda bertindak liar dengan melepaskan satu das tembakan di kediaman ibunya dalam kejadian di Kampung Temiang,Marang.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Acp Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata pemuda berusia 26 tahun berkenaan bertindak demikian untuk mengugut ibunya kerana tidak berpuas hati dengan tindakan ibunya.

"Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat selaras senapang angin berwarna hitam berhulu kayu di dalam kotak yang diletakkan atas sangkar burung di dalam rumah berkenaan pihak polis juga telah menjumpai 2 bekas plastik yang berisi ball bearing pelbagai saiz yang berada diatas  palang  pintu bilik berkenaan," kata CP Wan Abd Aziz Wan Hamzah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu dalam sidang media pada Isnin.