Pengasas syarikat kecantikan, Datuk Seri Vida pada Sabtu mendedahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyatakan persetujuan terhadap dua syarat yang dikenakan beliau untuk menaja The Red Worriors.

Dalam laporan yang dikeluarkan MStar, Datuk Seri Vida memberitahu, persetujuan tersebut dinyatakan menerusi satu mesej yang disampaikan menerusi Whatsapp yang diterimanya awal pagi Sabtu.

Namun, beliau yang terkenal dengan produk Qu Puteh itu tidak mendedahkan butiran lanjut yang melibatkan perjanjian terbabit.